Wednesday, February 9, 2011

Aku bukan perokok!!!

Salam wbt.

Ini merupakan kali pertama saya menggunakan blog sebagai medium perantaraan untuk berkongsi pendapat, pengalaman, memberi pandangan dan tidak salah jika saya katakan sebagai tempat untuk luahan perasaan. Pengalaman yang hendak saya kongsikan bersama ini adalah berkenaan dengan tips dan cara untuk berhenti merokok, mungkin dengan tips dan pengalaman yang dikongsikan dapat memberi sedikit manfaat untuk saudara diluar sana.

Melalui pengalaman saya memang amat sukar untuk berhenti merokok terutama sekali jika seseorang itu memang sudah menjadi tabiatnya merokok, tanpa rokok dirasakan seolah-olah tidak sempurna kehidupan, malah apa jua pekerjaan yang dilakukan mesti bertemankan rokok. Golongan yang digelar perokok tegar ini
sanggup membelanjakan wang yang banyak semata-mata untuk memenuhi kehendak nafsu mereka yang ketagihkan asap rokok meresap kedalam badan mereka.


Diantara sebab golong tersebut  merokok adalah diantaranya kerana
  • Ingin mendapatkan ketenangan
  • Bagi mendapatkan ilham
  • Tension kerana tekanan kerja, belajar dsb
  • Pengaruh rakan
  • Pengaruh iklan
  • Ingin kelihatan macho
Walaupun 1001 alasan yang diberikan, merokok boleh memendekkan nyawa anda. Lagi banyak anda hisap rokok dalam sehari semakin hampir lah anda dengan kematian. Fakta membuktikan bahawa merokok tidak hanya menyebabkan penyakit, tetapi bahkan dapat menyebabkan kematian. Berdasarkan data statistik, jenis penyakit serta jumlah kematian akibat rokok selama tahun 1990 di Amerika Syarikat adalah sebagai berikut: 

1) Kanser paru-paru 120.000
2) Penyakit paru-paru kronik 65.000
3) Penyakit jantung koroner 99.000
4) Lain-lain penyakit 80.000
5) Kanser 31.000
6) Stroke 23.000

Tahniah kepada para perokok, anda mungkin akan mendapat salah satu daripada penyakit tersebut atau kesemuanya sekali.

Berikut adalah tips-tips atau cara untuk anda mengorak langkah untuk memulakan gaya hidup sihat dengan tidak merokok. Semoga dengan tips yang diberikan dapat membantu sedikit sebanyak perokok diluar yang mempunyai keinginan untuk berhenti merokok. Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan.
  • Tetapkan tarikh untuk berhenti
  • Yakin diri
  • Buatkan nota peringatan
  • Katakan pada diri anda "saya bukan perokok".
  • Sentiasa berfikiran positif.
  • Dapatkan sokongan.
  • Disiplin

Tip Berhenti Merokok

1. Melengah-lengahkan 
  • Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar.
2. Menarik nafas panjang
  • Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan.
3. Minum air
  • Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein.
4. Menyibukkan diri
  • Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok.
5. Menjauhkan diri
  • Jauhkan diri daripada orang yang merokok.
6. Mengelakkan diri
  • Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok.
7. Mengunyah sesuatu
  • Seperti gula-gula getah dan memakan buah-buahan. Elakkan sesuatu yang manis.
8. Membasuh tangan selalu
9. Mandi dengan kerap


Apa yang penting adalah 'disiplin'. Tanpa disiplin apa jua kerja yang kita lakukan tiada kualiti dan tidak dapat mencapai sasaran yang dikehendaki. "Orang yang berdisiplin adalah orang yang boleh mengawal hawa nafsu mereka" - Tun Dr. Mahathir bin Mohammad.


Sekian.
Pendekar Laut