Bismillahhirrahmannirrahim...
Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam,Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran  untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran  kepada orang yang masih hidup.
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa  menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah  Taala.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang  malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah  berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta  janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu  hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila  mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka  berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat  dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar,  janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan  berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang  paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam  alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan  semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini  adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah  benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala  amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada  syurga dan neraka adalah benar.
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha  berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur. Di  akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi  Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang  menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala  menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang  berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan  memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala  amal kebajikan kamu.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak  disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana  rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham 
dulillahi rabbil alamin. 
“Kullu nafsin za iqatul maut”
Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati. 

No comments:
Post a Comment